suria

Wanita Nyaris Maut Dalam Kebakaran

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang wanita nyaris maut apabila rumahnya di Pangsapuri Taman Gembira, Kuchai Lama terbakar pada pagi Khamis.

Kebakaran itu dipercayai berlaku pada pukul 10 pagi, tanpa disedari mangsa yang berusia 50 tahun.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya mendapat laporan mengenai kebakaran itu pada pukul 10.20 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba, kami dapati jiran-jira mangsa telah berjaya menyelamatkan wanita itu dan memadam kebakaran di ruang tamu rumah berkenaan.

"Mangsa melecur di bahagian tangan ketika cuba keluar dari rumah yang sedang terbakar," katanya.

Tambahnya, wanita tersebut telah dibawa ke hospital oleh suaminya bersama orang awam.

Difahamkan, siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kebakaran telah dilakukan oleh pasukan forensik bomba.

Artikel Lain