suria

Gempa 6.7 Magnitud Gegar Utara Laut Maluku

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dikesan berlaku di utara Laut Maluku, 114 kilometer (km) barat laut Ternate, Indonesia dan 953 km tenggara Semporna, Sabah, pada pukul 3.15 pagi Rabu.

Namun tiada amaran tsunami di Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan menerusi laman webnya menyatakan gegaran tersebut berpusat pada kedudukan 1.3 utara dan 126.5 timur.

"Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan mengenai gempa bumi ini melainkan jika ada perkembangan lanjut atau maklumat tambahan," demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, menerusi kenyataan MetMalaysia yang dikemas kini pada pukul 6.45 pagi Rabu, cuaca ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Sarawak (Kuching) dan Sabah (Kudat dan Sandakan) akan berterusan sehingga sebelum tengah hari Rabu.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

gempa bumi, Laut Maluku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain