suria

Empat Mangsa Culik Rakyat Sarawak Dibebaskan

PETALING JAYA: Empat rakyat Sarawak yang diculik di Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April lalu dibebaskan penculik Kumpulan Abu Sayyaf.

Menurut laporan dari Jolo, perunding Malaysia dan Filipina berjaya membawa kepada pembebasan empat rakyat itu selepas beberapa rundingan dilakukan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Empat mangsa culik itu adalah ahli keluarga adik beradik Wong Teck Pang, 31, dan Teck Chi,  29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, (bukan ahli keluarga).

Empat lelaki yang berasal dari Sarawak itu diculik dari kapal 'Masfive 6' yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina.

Kumpulan tersebut menuntut wang tebusan sebanyak RM30 juta untuk membebaskan keempat-empat mangsa culik itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain