suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Bashah Selamat Jalani Pembedahan Kecil Usus

Ahmad Bashah ketika dipindahkan dari KMC ke HBPP pada petang, Isnin.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selamat menjalani pembedahan kecil di Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) berikutan komplikasi usus, Isnin malam.

Sumber berkata, Ahmad Bashah semakin pulih dan dinasihatkan supaya berehat secukupnya.

"Beliau selamat menjalani pembedahan kecil itu pada kira-kira pukul 10.30 malam pada Isnin," katanya.

Ahmad Bashah dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) selepas pengsan semasa mempengerusikan mesyuarat pada Sabtu lalu.

Beliau tiba di KMC pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Mesyuarat itu melibatkan pemimpin Umno termasuk jentera kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Ahmad Bashah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) KMC sebelum dipindahkan ke HBPP pada pukul 2.30 petang Isnin.

Ahmad Bashah Md Hanipah, usus, HBPP

Artikel Lain