suria

Calon Amanah Macam 'Pengantin'

KUALA KANGSAR: Calon Parti Amanah Negara (Amanah), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli menyifatkan dirinya sebagai 'pengantin' susulan pendiriannya yang jarang bercakap kepada pihak media.

Ditanya sama ada beliau diarah untuk tutup mulut oleh partinya, bekas ahli sains nuklear itu berkata: "Saya hanya pengantin. Dalam budaya Melayu, pengantin lelaki perlu berada dalam keadaan selamat dan tidak boleh banyak bercakap."

Dr Ahmad yang mengadakan tinjauan di Jalan Kangsar berkata beliau yakin dengan peluangnya kerana ramai pengundi yang ditemuinya berjanji untuk mengundi parti itu.

Sementara itu calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, beliau mahu pengangkutan awam yang lebih baik, sambil menambah bahawa penduduk di sini terpaksa bergantung kepada perkhidmatan bot sewa khas, yang tidak menetapkan waktu operasi tetap.

"Bas-bas awam juga tidak dijaga dengan baik dan perlu diganti.

"Kemudahan awam yang disediakan untuk orang ramai perlu diselenggara dengan baik bagi memastikan keselamatannya untuk kegunaan harian," katanya.

Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli

Artikel Sebelum

Artikel Lain