suria

Pertembungan Dijangka Tiga Penjuru

KUALA KANGSAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan hanya tiga individu yang mendapatkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar setakat pukul 4 petang Sabtu.

Ahli SPR, Datuk Abdul Aziz Khalidin berkata, bagaimanapun calon yang ingin bertanding masih mempunyai masa untuk mendapatkan borang kerana penamaan calon akan diadakan pada Ahad (esok).

"Kalau ada lagi yang ingin bertanding mereka boleh mendapatkan borang dan hadir di Dewan Jubli Perak untuk penamaan calon.

"Calon yang akan bertanding dalam PRK dijangka diumum pada pukul 11.30 pagi esok," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Dua Petugas pilihanraya Wan Samsuhaida Samsudin (kiri) dan Halizul Abd Halim membuat persiapan akhir di Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak hari ini.

Selain itu, tambah beliau, keputusan PRK Kuala Kangsar dijangka diumum seawal pukul 9.30 malam pada 18 Jun ini.

"Disebabkan hari mengundi pada bulan puasa, eloklah kalau kita umum dalam 9.30 malam ke 10 malam kerana tidak mengganggu waktu solat tarawih.

"Kalau awal pun ramai yang sedang sibuk berbuka dan bersiap untuk menunaikan solat tarawih, jadi waktu itu adalah yang terbaik," jelasnya.

Beliau selain itu menggesa semua penyokong parti politik supaya mengikut segala peraturan ketika hari penamaan calon, berkempen, pemasangan poster dan hari membuang undi.




Artikel Berikut

Artikel Lain