suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakel Promosi Koleksi Baju Raya Terbaharu

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Gedung pakaian Jakel sedang mempromosi Ohh! Meriahnya Raya bersama Jakel 2016 yang menampilkan koleksi baju raya terbaharu di semua cawangannya di seluruh negara bagi musim perayaan ini.

Ketua Pegawai Operasi Jakel Trading Sdn Bhd, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel berkata koleksi pakaian keluaran syarikatnya dijual dengan harga mampu milik dan pembeli mempunyai pilihan bagi membeli produk JAKEL yang sesuai bagi seisi keluarga.

"Kami cuba memenuhi kehendak pelanggan yang berlainan citarasa dengan mengetengahkan konsep fesyen yang memuaskan semua mengikut perkembangan semasa," katanya kepada pemberita selepas program Ohh! Meriahnya Raya bersama Jakel 2016 di sini, Sabtu.

Menurutnya, fabrik yang digunakan bagi koleksi ini adalah dari himpunan fabrik berkualiti dari jenis kapas sulam, chiffon, lace dan sebagainya.

Bagi sesi promosi kali ini, Jakel Mall Kuala Lumpur turut memberikan 500 baju Melayu percuma kepada 500 pengunjung terawal.-- Bernama

Artikel Lain