Masih Dalam Edah, Mastura Tidak Dapat Sertai Kempen PRK - Semasa | mStar

Masih Dalam Edah, Mastura Tidak Dapat Sertai Kempen PRK

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan watikah perlantikan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il yang mewakili ibunya Mastura Mohd Yazid pada majlis pengumuman calon BN di Pusat Arahan BN di Safari Resort, Kuala Kangsar, Sabtu.

KUALA KANGSAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.  

Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.

"Tempoh syarak ini wajib saya patuhi dan saya amat mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini.

"Jika menurut amalan parti dan gerak kerja pilihan raya, selaku orang yang dinamakan sebagai calon, saya seharusnya berada bersama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen. 

"Insya Allah, sekiranya saya diberi tanggungjawab sebagai anggota Parlimen, saya akan laksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya (Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad)," katanya menerusi tayangan video selepas pengumuman calon dan pelancaran jentera BN , Sabtu.

Pengumuman nama calon dan pelancaran jentera itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Mastura turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ahmad Zahid dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas kepercayaan yang diberikan kepadanya. 

"Saya sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suami saya kepada rakyat Kuala Kangsar. 

"Pilihan raya ini bukan soal saya, tetapi BN sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas oleh arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat di sini," katanya. 

Sementara itu, anak sulung Mastura, Wan Emir Astar, 26, berkata keluarganya terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih ibunya untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat Kuala Kangsar.

"Biarpun kami masih berkabung dengan kehilangan arwah papa tetapi kita perlu meneruskan kesinambungan dan legasi arwah papa sebelum ini. 

"Ibu kami selalu berdamping dengan arwah papa 24 jam dan beliau lebih memahami apa yang warga Kuala Kangsar perlukan," katanya sambil menambah beliau dan tiga lagi adik beradik akan membantu Mastura. 

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga suami Mastura dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun,manakala penamaan calon pada 5 Jun.  -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain