Langgar Syarat, DBKL Rampas 225 Unit Rumah PPR, Perumahan Awam - Semasa | mStar

Langgar Syarat, DBKL Rampas 225 Unit Rumah PPR, Perumahan Awam

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merampas 225 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) tahun ini setelah penyewanya didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyewakan unit mereka kepada warga asing.

Tindakan itu merupakan langkah tegas DBKL setelah ia mengeluarkan sejumlah 582 notis rampasan kepada penyewa dari Januari hingga 25 Mei lepas.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Sauffi Mohamad memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan penyewa yang didapati melanggar syarat perumahan.

Rampasan itu, katanya dibuat melalui enam siri operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL Bersama Agensi Kerajaan.

Mohd Sauffi berkata selain menyewakan unit mereka kepada warga asing, sebilangan penyewa juga didapati tidak menjelaskan bayaran sewa kepada DBKL, tidak menghuni (dibiarkan kosong) dan menyewakan kepada penghuni tidak sah (sewa atas sewa).

"Lepas ini tiada lagi kompromi bagi penyewa yang didapati menyalahgunakan dan melanggar syarat perumahan ini, kita mahukan rumah ini dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar layak sahaja," tegasnya.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa menyertai operasi bersepadu DBKL siri ketujuh bersama Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Perumahan Awam Desa Rejang pada Jumaat malam.

"Menerusi operasi malam ini, tiga unit rumah dirampas, 26 unit (penghuni tidak sah) dan 19 unit (penghuni tidak menetap) diberi notis 14 hari untuk mengosongkannya, sebelum unit mereka disita," katanya.

Berikutan berlaku peningkatan kes, Mohd Sauffi berkata DBKL dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan akan menjalankan operasi secara besar-besaran selepas Aidilfitri ini di seluruh PPR dan PA.

Dalam operasi yang sama, AADK turut menahan seorang penagih dadah yang suspek akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain