RUU Hanya Untuk Orang Islam, Komponen BN Tak Perlu Resah - Semasa | mStar

RUU Hanya Untuk Orang Islam, Komponen BN Tak Perlu Resah

Datuk Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 adalah hanya untuk orang Islam dan parti-parti komponen BN tak perlu resah mengenainya, kata Kelab Veteran Umno.

Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub meminta parti-parti komponen BN supaya memahami kandungan dan maksud RUU itu terlebih dahulu sebelum memberi komen tentang perkara itu.

"Mereka tidak ada hak untuk komen RUU itu kerana ia membabitkan orang Islam.

Pelaksanaan RUU itu sekiranya diluluskan hanya kepada umat Islam sahaja dan bukannya kepada orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Mustapha mengulas usul untuk meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang dibawa oleh Presiden PAS yang juga Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin dan reaksi oleh beberapa parti komponen BN mengenai RUU itu.

Sambil menyatakan rasa kesalnya terhadap MCA kerana secara sengaja dan sedar mengaitkan Umno dalam pembentangan RUU itu, Mustapha menjelaskan bahawa Ahli Dewan Rakyat yang beragama Islam berkewajipan menyokong RUU itu untuk memperkemaskan lagi kuasa Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil.

"MCA tidak sewajarnya mempolitikkan pembentangan RUU itu untuk meraih sokongan orang Cina yang bukan Islam.

"Sebagai rakan kongsi BN, MCA sepatutnya menjelaskan kekeliruan orang Cina yang bukan Islam terhadap RUU itu dan bukannya menjadi batu api," katanya.

Veteran Umno, katanya, mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi kerana membawa usul itu di Parlimen dan berharap ia dapat dibincang dan dibahas oleh semua ahli dewan dengan bijaksana demi kebaikan ummah dan demi memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain