suria

Atur Perlawanan Atau Diancam Bunuh - Bekas Pemain

IPOH: Pemain yang terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri apabila berdepan dengan ancaman bunuh daripada 'bookie'.

Bekas pemain bola sepak Perak, P. Ravindran mengimbas kembali peristiwa di mana dua kereta sedang menunggu beliau di luar rumahnya selepas satu perlawanan di Lembah Klang.

"Ia merupakan musim 1992. Kami tidak mengikut aragan bookie untuk dua permainan. Sebaik sahaja mereka kalah, mereka mengancam kami," katanya.

"Saya telah menjaringkan gol kemenangan dalam dua perlawanan ini dan mereka tidak gembira. Mereka tanya mengapa saya tidak bermain seperti yang dirancang," tambahnya.

Ravindran merupakan salah seorang daripada 84 pemain yang digantung, merupakan antara tiga pemain yang terlibat dalam skandar mengatur perlawanan 1993-1994.

Beliau berkata demikian kepada The Star berhubung sekatan itu ditarik balik pada 9 Mei.

Pada usianya 50-an hari ini, Ravindran mengimbas semula mengenai bagaimana beliau didekati bookie pada 1992.

"Salah seorang daripada mereka menyamar sebagai wartawan dan mendapat nombor telefon saya. Kemudiannya, saya mendapat panggilan meminta saya jika saya mahu menyertai rakan pasukan saya mengatur perlawanan.

"Dia turut beritahu saya bahawa saya akan rugi jika saya tidak menyertai mereka," katanya.

Ravindran berkata, beliau bercakap dengan rakan pasukannya dan mereka mengakui mendapat panggilan yang sama sebelum itu.

"Rakan pasukan saya menggalakkan saya untuk melakukannya. Kami dulu tamak. Kami mahu lebih banyak wang," katanya.

Beliau berkata, prestasi skuad Perak goyah pada 1992 dengan para pemain membuat langkah yang meragukan dan dipertikaikan.

Menurut Ravindran, pengurus pasukan membuat laporan mengenai sebahagian pemain kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Dia mengesyaki empat pemain termasuk saya. Dia menghubungi BPR untuk memberi amaran kepada kami dan kami disiasat. Kami berbohong kepada BPR dengan mengatakan kami telah melakukan yang terbaik," katanya.

Selepas beliau dibuang ke Kemaman, Terengganu, Ravindran berkata, beliau masih menerima panggilan daripada bookie untuk menyertai para pemain di pantai timur bagi mengatur perlawanan.

"Saya beritahu mereka sudah cukup-cukuplah," katanya.

Aziz Azizan yang bermain untuk skuad Pulau Pinang berkata, kebanyakan mereka mendapat gaji yang rendah ketika itu.

"Purata pendapatan bagi pemain seperti kami adalah kira-kira RM1,500. Malah antara kami tidak dapat bayaran pada waktunya. Ia membebankan kami sekeluarga.

"Pihak bookie mengambil peluang terhadap nasib kami dan menghubungi kami. Kami terlibat kerana mahu dapat wang segera," katanya.

Beliau berkata, terdapat juga orang tengah atau booking yang melalui pengadil atau menghubungi terus pemain.

Aziz mendakwa beliau diancam oleh bookie kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat mereka.

"Kebanyakan kami, masih baharu tak cukup matang ketika itu. Kami tidak sedar kesannya," katanya.

bookie, P. Ravindran, Aziz Azizan

Artikel Lain