Kanak-Kanak Perempuan Tiga Tahun Cedera Dikelar Bapa Kandung - Semasa | mStar

Kanak-Kanak Perempuan Tiga Tahun Cedera Dikelar Bapa Kandung

Gambar hiasan.

JITRA: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera selepas dipercayai dikelar bapa kandungnya di Kampung Tengah Kodiang di sini petang Sabtu, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, suspek berumur 29 tahun itu turut cedera selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam dadanya.

Katanya, suspek terbabit yang dipercayai mempunyai masalah mental telah ditahan.

Suspek dan mangsa kini dirawat di Hospital Kangar. Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.

"Ketika kejadian, isteri suspek bersama nenek mangsa berada di luar rumah, dan suspek baru sampai di rumah. Kemudian suspek terus ambil mangsa dan kunci pintu rumah menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam.

"Nenek mangsa kemudian terdengar cucunya menjerit dan selepas itu suspek membuka pintu dan beliau nampak mangsa dan suspek berlumuran darah," kata Abdul Rahim dalam satu kenyataan. 

"Kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Kodiang, sebelum polis menahan suspek yang terbaring di ruang tamu dengan kecederaan di dada kirinya dan merampas pisau dapur yang digunakan dalam kejadian itu di dalam bilik tidur," katanya.

Abdul Rahim berkata, isteri suspek memaklumkan suaminya sudah seminggu mengalami kemurungan serta mempunyai rekod sakit mental. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain