suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Apa Dirampas SPRM Di Rumah Guan Eng - Peguam

GEORGE TOWN: Tiada apa yang telah dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini, petang Ahad.

Peguamnya, Ramkarpal Singh Deo berkata, tiada barangan atau harta benda yang dirampas dari premis itu dalam lawatan SPRM yang berlangsung kira-kira 50 minit.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan isterinya Betty Chew, diiringi oleh peguam dan beberapa pegawai SPRM, tiba di banglo tersebut bersama empat buah kereta pada pukul 3.10 petang.

Difahamkan, Guan Eng telah membatalkan semua acara beliau pada Ahad untuk membantu siasatan SPRM.

Sebelum itu, beliau dan isterinya hadir di pejabat SPRM.

Artikel Lain