suria

Ahmad Zahid Ziarah Pusara Anggota Parlimen Kuala Kangsar

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyiram air mawar di pusara Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar Bukit Chandan, Ahad. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (tengah). Allahyarham antara enam yang terkorban dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. -fotoBERNAMA
KUALA KANGSAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad meluangkan masa menziarahi pusara bekas anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di Makam Diraja Bukit Chandan di sini.

Turut sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; balu Wan Mohammad Khair-il Anuar, Datin Mastura Yazid; dan empat anak bekas anggota Parlimen itu.

Zahid dan tetamu kemudian mengaminkan doa yang dibaca imam Masjid Ubudiah Mohd Helmi Ibrahim.

Terdahulu, ketibaaan Ahmad Zahid pada 4.45 petang disambut beberapa pemimpin Umno sebelum mereka menunaikan solat Asar di masjid berkenaan.

Wan Mohammad Khair-il Anuar terbunuh dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Sementara itu, Mastura merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pencarian dan pengurusan jenazah arwah suaminya.

"Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin kerajaan negeri Sarawak dan Perak di atas segala bantuan," katanya.

Artikel Lain