suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naib Presiden Utar Maut Basikal Hilang Kawalan

Dr Teh Chee Seng

IPOH: Naib Presiden (Pembangunan Pelajar dan Hubungan Alumni) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Dr Teh Chee Seng @ Elvis Teh Chee Seng maut selepas terjatuh ketika menunggang basikal di Kilometer 4.5 Jalan Kampar-Tronoh Mines, dekat Kampar, Rabu malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon dalam kejadian pada kira-kira 9.50 malam itu, Teh, 51, sedang menunggang basikal secara berkumpulan bersama empat lagi rakan dari arah Tronoh Mines menghala ke Kampar.

"Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke tengah jalan. Bagaimanapun basikal mangsa tidak mengalami sebarang kerosakan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata Teh yang beralamat dari Ampang, Selangor itu menunggang basikal jenis Exitway meninggal dunia di tempat kejadian.

Ng berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan lurus dan mempunyai dua lorong serta cuaca baik kecuali persekitaran gelap kerana tiada lampu jalan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya.

Utar

Artikel Lain