suria

Anjing Selamat Nyawa Wanita Daripada Dipatuk Ular Tedung

BUTTERWORTH: Seekor anjing berusia lapan tahun yang diberi nama Anna sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan tuannya daripada menjadi mangsa patukan ular tedung yang memasuki rumah mereka di Jalan Tengah di Perkampungan Berapit di sini.

Pemilik Anna, seorang wanita berusia 75 tahun dan anak lelakinya baharu sahaja pulang dari hospital semasa kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa.

"Anak saya melepaskan Anna daripada sangkarnya dan tiba-tiba menyalak sebaik dilepaskan.

"Saya terkejut apabila Anna menahan seekor ular tedung sepanjang 2.4 meter daripada mematuk saya. Kami takut untuk keluar, jadi kami memanggil pasukan keselamatan sukarela kawasan rumah kami untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Apabila pasukan tersebut tiba, mereka menemui anjing tersebut dalam keadaan separuh sedar.

"Kami kemudian bergegas ke klinik haiwan tetapi ia sudah terlambat," katanya.

Ular itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri.


ular tedung, anjing, Anna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain