Tommy Banyak Berubah Selepas Insiden Hanyut Di Laut China Selatan - Semasa | mStar

Tommy Banyak Berubah Selepas Insiden Hanyut Di Laut China Selatan

Alan bersama ibunya, Sum bercerita mengenai keadaan abangnya, Tommy.

KOTA KINABALU: Keluarga Tommy Lam, salah seorang mangsa yang berjaya diselamatkan selepas hanyut di Laut China Selatan menegaskan insiden itu banyak mengubah dirinya.

Adik bongsu mangsa, Alan berkata Tommy menjadi lebih penyayang dan meluangkan banyak masa bersama anak serta keluarganya.

Alan berkata keempat-mangsa yang terselamat itu berdepan pelbagai situasi antaranya seperti halusinasi dan memerlukan sedikit masa untuk memahami apa sebenarnya yang menimpa mereka.

"Namun Tommy sihat dan beransur pulih tetapi masih memerlukan ruang," kata Alan pada Rabu yang turut ditemani ibunya, Melody Sum.

Alan berkata keluarganya amat terhutang budi kepada pasukan mencari dan menyelamat keempat-empat mangsa sehingga membawa kepada penemuan mereka.

"Mereka berada di sana sehingga keempat-empat mangsa berjaya ditemui," katanya.

Bagi Sum, beliau sentiasa yakin anaknya itu masih selamat dan akan ditemui.

"Saya tidak pernah putus harapan. Pasukan menyelamat tidak menemui apa-apa petunjuk sebelum itu dan saya percaya mereka masih hidup dan berada di suatu tempat," katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, polis marin dan beberapa lagi akhirnya berjaya menemui pemilik resort, Tommy, 44, pekerjanya, Armella Ali Hassan, 23, pasangan warga Sepanyol, David Hernandez Gasulla dan Martha Miguel di dalam sebuah bot nelayan Vietnam pada 12 Mei lalu.

Dalam kejadian 2 Mei lalu, keempat-empat mangsa dilaporkan hilang di perairan Pulau Balambangan.

Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa menaiki sebuah bot gentian kaca dari Pulau Balambangan menuju ke Tanjung Simpang Mengayau.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain