suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembangkang Tidak Perlu Bekerjasama Dengan Dr M - Ramkarpal

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya menjadi orang terakhir untuk pembangkang menjalinkan kerjasama, demikian menurut wakil rakyat DAP, Ramkarpal Singh.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kerjasama dengan Dr Mahathir boleh menghakis keyakinan orang ramai terhadap pembangkang.

"Saya fikir beliau adalah orang yang terakhir jika kita ingin bekerjasama. Untuk beliau untuk mengulas sama ada kita bersatu atau tidak, saya tidak fikir beliau berada dalam apa-apa kedudukan untuk menetapkan syarat kepada kami," katanya.

Beliau juga berkata Dr Mahathir mempunyai agenda sendiri berhubung Deklarasi Rakyat.

"Saya rasa ia adalah nasihat yang sangat tepat pada masanya dan peringatan tegas daripada Anwar bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai agenda sendiri.

"Agenda yang malangnya tidak mencerminkan agenda reformasi. Itulah yang kita perlu tekankan. Seluruh agenda kami ialah untuk reformasi manakala Tun Mahathir tidak melambangkan pembaharuan," katanya.

Artikel Lain