Azmin Mahu Adun PKR Pulau Pinang Sokong Dasar Guan Eng - Semasa | mStar

Azmin Mahu Adun PKR Pulau Pinang Sokong Dasar Guan Eng

SUNGAI BESAR: Lima Adun PKR di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mesti menyokong dasar-dasar kerajaan negeri.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, adalah penting bagi wakil rakyat penyokong kerajaan memainkan peranan dalam menyokong dasar-dasar kerajaan negeri.

"Yang pasti mereka dibenarkan untuk menyuarakan kebimbangan mereka dan jika mereka betul, forum yang terbaik untuk mereka berbincang adalah 'dewan' (Dewan Undangan Negeri)," kata Azmin di sini, Khamis.

Lima Adun PKR iaitu Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr T. Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk) telah berkecuali daripada mengundi usul menyokong projek penambakan tanah dalam persidangan DUN November lalu.

Adun Pulau Betong daripada Barisan Nasional, Muhammad Farid Saad dijangka membentangkan usul terhadap projek itu pada persidangan yang akan datang dan terdapat kemungkinan besar lima wakil PKR akan menyokongnya.

Azmin Ali , PKR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain