suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan TMJ Polis Curi Dengar Telefon Hanya Salah Faham

KUALA LUMPUR: Dakwaan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bahawa Cawangan Khas Bukit Aman telah curi dengar telefon bimbitnya adalah hanya salah faham, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail pada Khamis.

"Pagi ini saya bertemu dengan Tunku. Saya menjelaskan kepada Tunku dan tidak ada masalah. Ia adalah salah faham kecil mengenai mengapa Tunku membuat posting itu.

"Saya telah bertemu beliau dan menjelaskan salah faham itu," katanya kepada pemberita di sini.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mendakwa telefon bimbitnya telah dicuri dengar oleh Cawangan Khas Bukit Aman.

Khalid Abu Bakar, TMJ

Artikel Lain