suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Pembangkang DUN Kedah Letak Jawatan Parti

Datuk Amiruddin Hamzah

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, pihaknya telah mengambil maklum tentang perkara ini.

"PAS Kedah telah mengambil maklum tentang peletakan jawatan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

"Beliau kekal memegang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Pengerusi Pembangunan Kompleks PAS Kedah dan beberapa entiti lain yang diberi tanggungjawab ke atasnya oleh Badan Perhubungan PAS negeri," katanya dalam kenyataan, malam Rabu.

Katanya, pentadbiran PAS Kuala Kedah berjalan seperti biasa dengan tugas-tugas dilaksana oleh pemangku jawatan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti.

"Beliau (Amiruddin) kekal beristiqamah  dan terus memberi khidmat kepada PAS," katanya.

Beliau juga menyeru semua ahli PAS Kedah agar terus fokus terhadap kerja-kerja mendekati rakyat serta memperjuangkan hak-hak mereka dengan penuh dedikasi.

Sementara itu, dilaporkan bahawa surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada setiausaha PAS kawasan pada 9 Mei lalu.

Amiruddin dilaporkan berkata, peletakan jawatan ini tidak ada kaitan dengan cadangan untuk melompat ke mana-mana parti politik dan beliau akan terus menjadi ahli PAS.

Artikel Lain