suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Warga Asing Dijumpai Mati Dikelar Di JB

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki warga asing ditemui mati dengan kesan kelar di leher di sebuah kawasan pembinaan dekat Seri Alam, Taman Rinting, dekat sini awal hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat berkenaan pada pukul 9.50 pagi.

"Kami dimaklumkan ada pekerja binaan di kawasan ini telah menjumpai mayat yang belum dikenalpasti identitinya kira-kira 8.00 pagi," kata beliau menerusi satu kenyataan di sini.

Jokhiri berkata mayat mangsa itu ditemui semasa pekerja-pekerja di tapak pembinaan itu mahu memulakan kerja-kerja pembinaan.

Beliau berkata, setibanya di sana pihaknya menemui satu mayat lelaki yang lengkap berpakaian terbaring di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu, dibunuh berdasarkan kesan kelar dipercayai menggunakan senjata tajam di bahagian leher mangsa.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran atau Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222.

Artikel Lain