suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu Dijangka Kembali Ke Malaysia Pada Jun - Wan Junaidi

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka mengalami jerebu rentas sempadan dari bulan Jun hingga Oktober berikutan cuaca panas dan kering di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Walau bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata tahap jerebu itu mungkin sederhana, memandangkan fenomena La Nina dijangka berlaku dalam tempoh yang sama dan akan meneybabkan hujan di beberapa bahagian di semenanjung.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC), yang berpangkalan di Singapura, cuaca yang panas dan kering (di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia) boleh menyebabkan kebakaran tanah gambut dan angin akan menolak asap ke arah Malaysia dan membawa kepada jerebu.

"Bagaimanapun, hujan dijangka berlaku dalam tempoh yang sama dan boleh menyebabkan banjir di beberapa negeri terutama Kelantan, Terengganu dan Pahang, yang akan membantu mengurangkan kesan jerebu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Rabu.

Artikel Lain