suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Dua Individu Di KKIA Sabah, Rampas Ganja Mampat

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan merampas tujuh ketul ganja mampat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah, Rabu.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam catatan di akaun Twitter beliau.

Khalid berkata serbuan itu dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Kota Kinabalu.

Menurut Khalid, dadah itu diseludup dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan STING berkenaan.

"Syabas STING @PDRM tangkap dua orang di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan rampas tujuh ketul ganja mampat yang diseludup dari KLIA. #GoPDRMGo," katanya.

ganja mampat, KKIA Sabah, Sting

Artikel Lain