suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usul Hadkan Penggal Ketua Menteri Ditolak

Datuk Law Choo Kiang
GEORGE TOWN: Usul untuk meminda perlembagaan negeri bagi menghadkan penggal Ketua Menteri Pulau Pinang telah ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teh Yee Cheu (DAP) yang mengemukakan usul itu berkata tiada sebab telah diberikan oleh speaker yang menolak usul itu.

"Saya tidak tahu sebab penolakan itu. Saya telah mengikut peraturan.

"Anda perlu tanya speaker apa sebabnya," katanya pada sidang media, Selasa.

Teh, yang juga Adun Tanjung Bungah berkata speaker mempunyai hak untuk menolak usul itu.

Katanya, beliau tidak kecewa dengan keputusan itu dan akan mencuba lagi dalam persidangan akan datang.

Choo Kiang tidak dapat dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Artikel Lain