suria

Usul Penambakan Tanah: Adun PKR Di P.Pinang Mahu 'Tunggu Dan Lihat'

Cheah Kah Peng
GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga Cheah Kah Peng (PKR) mengelak ketika ditanya sama ada parti itu akan menyokong usul Barisan Nasional (BN) berhubung isu penambakan tanah dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kami akan membuat keputusan apabila usul itu dikemukakan," kata Cheah ketika diminta mengulas mengenai usul itu yang dijangka akan dibentangkan oleh Muhammad Farid Ariffin (BN-Pulau Betong).

Usul itu menggesa pembatalan projek tebus guna di selatan hujung pulau itu.

Walau bagaimanapun, Adun Penanti (PKR), Dr Norlela Ariffin berkata, keputusan telah dibuat tentang bagaimana untuk mengundi. Beliau enggan mendedahkan butirannya.

"Keadaan mungkin berubah selepas mesyuarat pra-majlis kami dengan ketua menteri," kata Dr Norlela memetik mesyuarat Adun-Adun PKR dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sebelah petang.

Muhammad Farid, dalam persidangan November lalu membentangkan usul mendesak pendengaran awam untuk kerja-kerja penambakan tanah dan penggantungan semua penambakan baharu sehingga kajian mengenai kesannya terhadap sosial dan persekitaran lautan telah dijalankan.

Lima daripada 10 wakil rakyat PKR telah memilih untuk berkecuali. Mereka adalah Cheah, Dr Norlela, Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubok).

Artikel Lain