suria

"Mari Sertai Kami Sebagai Kuasa Ketiga" - Kata PAS Kepada Azmin

Datuk Mohd Amar Abdullah
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah mempunyai cadangan balas terhadap pelawaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu menyertai PAS sebagai kuasa ketiga politik.

Mohd Amar berkata, PKR perlu berkerjasama dengan blok ketiga pembangkang, yang terdiri daripada PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), dalam usaha untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN).

"Jika ini menjadi kenyataan, ia akan mengukuhkan blok ketiga untuk menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-14," katanya.

Kerjasama PAS dan Ikatan dianggap sebagai kuasa politik utama yang ketiga selepas BN dan Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR dan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah).

Mohd Amar berkata PAS telah membuat pendirian untuk tidak terlibat dengan Amanah atau DAP dalam masa depan politiknya.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azmin bahawa PKR cuba mengajak PAS berbincang untuk menyertai Pakatan Harapan.

Azmin, yang juga menteri besar Selangor berkata Majlis Tertinggi PKR secara kolektif meluluskan satu resolusi untuk membuka keanggotaan Pakatan Harapan kepada parti lain bagi mengukuhkan pembangkang.

Artikel Lain