suria

Trafik Sesak Teruk Gara-Gara Treler Tersekat

-Foto ihsan Kwong Wah Yit Poh
GEORGE TOWN: Pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk apabila treler yang membawa muatan lebih dari 40 tan simen tersekat di laluan berbukit di Jalan Paya Terubong dekat sini.

Pemandu itu dilihat cuba untuk berpatah balik apabila treler yang dipandunya gagal menaiki bukit tetapi malangnya treler itu telah menghalang kedua-dua lorong apabila tayar bahagian depannya tersangkut di longkang di tepi jalan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi Sabtu apabila treler itu menuju ke arah Paya Terubong dari Relau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata kenderaan jalan itu dibuka semula kira-kira pukul 1.30 tengahari selepas sebuah forklift mengeluarkan beban simen di dalam treler, sebelum membolehkannya berpatah balik.
trafik sesak, treler tersekat

Artikel Lain