suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Asmuni Tiba Di Pangkalan Udara Subang

SUBANG: Jenazah Asmuni Abdullah yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada Khamis lepas tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, di sini pagi ini (Ahad).

Allahyarham yang juga suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam nahas itu, adalah antara enam orang yang berada dalam pesawat malang itu.

Jenazah Allahyarham tiba pada pukul 7.41 pagi dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, yang berlepas kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Sanak saudara dan sahabat handai yang berkumpul di perkarangan pangkalan udara berkenaan diselubungi perasaan sedih dan pilu.

Antara kenamaan yang hadir bagi memberi penghormatan ialah Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Jenazah Asmuni kemudian dibawa ke Parit Dua, Sungai Burong di Tanjung Karang untuk pengebumian.

Nahas Helikopter

Artikel Lain