suria

Mayat Lelaki Terjatuh Feri Ditemui Terapung

Mior Faridalathrash Wahid

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki yang terjatuh daripadaferi di Jeti Pangkalan Raja Tun Uda di sini Ahad, ditemui terapung kira-kira200 meter dari lokasi kejadian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata polis menerima panggilan daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan penemuan mayat Tan Sik Lee, 43, sebelum dibawa ke Pelabuhan Pulau Pinang.

"Mangsa berasal dari Jalan Berapit, Bukit Mertajam dan mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11.25 pagi semalam, lelaki berkenaan dikhuatirilemas selepas terjatuh ke dalam laut dari bahagian atas feri yang hendakberlepas dari Jeti Pangkalan Raja Tun Uda.

Mangsa yang duduk di tempat penumpang bahagian atas feri telah terjatuh dan kejadian itu hanya disedari dua lelaki yang berada di bahagian bawah feri berkenaan. -Bernama

Artikel Lain