suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stesen Minyak Disamun, Rugi Lebih RM5,000

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Sebuah stesen minyak kerugian lebih RM5,000 selepas stesen itu dipecah masuk tiga lelaki dalam kejadian di Bandar Country Homes, Rawang awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata ketiga-tiga penyamun yang memakai topeng muka, datang ke stesen minyak berkenaan pada 5.15 pagi sebelum memecah pintu utama stesen itu yang berkunci.

Katanya pada ketika itu, ada pekerja di stesen minyak berkenaan.

Bagaimanapun, Ali berkata tiada kecederaan dilaporkan menimpa pekerja stesen minyak berkenaan.

"Penyamun melarikan wang tunai RM5,000 dari mesin peti wang dan 20 kotak rokok," katanya.

Katanya sebaik selepas kejadian itu, pekerja berkenaan menghubungi pengurus stesen tersebut yang kemudian membuat panggilan kecemasan.

Sehubungan itu, beliau berkata usaha memburu tiga suspek terlibat sedang giat dijalankan. - BERNAMA

Artikel Lain