suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Histeria Diikat Sebelum Dikejar Ke Hospital

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia awal 30-an yang dipercayai mengalami histeria terpaksa diikat sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, dalam kejadian di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah dekat sini, Isnin.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abd Aziz berkata dalam kejadian 7 pagi Ahad, mangsa yang difahamkan masih bujang dan bekerja sebagai pekerja pemasangan kabel elektrik gagal dikawal oleh rakan sekerjanya yang kemudian bertindak menghubungi bomba.

"Pihak kami mendapat panggilan pada 7 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 7.15 pagi. Ketika sampai kami dapati mangsa ketika itu berada dalam parit sedalam dua meter dan dalam masa yang sama meronta-ronta.

"Rakan mangsa tidak mampu mengawal tindakan agresif mangsa yang dipercayai mengalami gangguan histeria atau makhluk halus dan kami terpaksa mengikat mangsa untuk membolehkan mangsa dibawa ke HTJ untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian. - BERNAMA

histeria

Artikel Berikut

Artikel Lain