suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Naib Presiden MIC, G Pasamanickam Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden MIC Tan Sri G.Pasamanickam, 94, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Muar, Johor, tengah malam Ahad.

Pemimpin veteran MIC itu pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Anam dari 1969 hingga 1974.

Pengerusi MIC Johor, Datuk M.Asojan berkata, mendiang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

"Upacara pengebumian akan berlangsung esok bermula pukul 11.30 pagi di kediamannya di No 38, Jalan Ibrahim, Muar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Mendiang yang juga bekas Senator itu pernah berkhidmat di bawah kepimpinan pemimpin MIC tersohor Tun V.T. Sambanthan dan Tan Sri V.Manickavasagam serta menjawat pelbagai jawatan dalam parti termasuk Bendahari MIC dari 1994 hingga 2000 dan Pengerusi MIC Johor dari 1968 hingga 1995.

Beliau juga pernah menjadi Exco Negeri Johor mulai 1974 hingga 1978 dan Pengerusi Maika Holdings pada 1991.

Mendiang meninggalkan seorang isteri Puan Sri Sarasa Pasamanickam seorang anak lelaki, P.Kannan dan anak perempuan P.Sunthari.-- Bernama

Pasamanickam, MIC

Artikel Sebelum

Artikel Lain