suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKR Nafi Hantar SMS Dakwa Adenan Bayar Wang Tebusan

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mendakwa Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem membayar wang tebusan bagi membebaskan empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan Abu Sayyaf.

Calon PKR Batu Lintang, See Chee How berkata beliau yakin telefon bimbit pembantu kempennya telah digodam.

Petugas parti, Liza Bong Ai Lee membuat laporan polis pada malam Sabtu dengan mendakwa telefon bimbitnya telah digodam atau dimanipulasi dalam beberapa cara untuk menghantar mesej.

Liza mendakwa beliau turut menerima mesej daripada pihak tidak dikenali berhubung dakwaan pembayaran wang tebusan itu.

"Kepada sesiapa yang menerima mesej ini, kami mahu jelaskan bahawa ia bukan dari PKR," katanya kepada pemberita di bilik operasi parti di sini Ahad.

Empat rakyat Sarawak diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Semporna oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina pada 1 April lalu.

Kumpulan tersebut dilaporkan meminta wang tebusan sebanyak RM30 juta bagi membebaskan keempat-empat mangsa culik itu.



PKR, SMS, Abu Sayyaf

Artikel Lain