Azmin Perlu Kaji Perjanjian Sebelum Persoal Hak Kerajaan Sarawak - Semasa | mStar

Azmin Perlu Kaji Perjanjian Sebelum Persoal Hak Kerajaan Sarawak

Mohamed Azmin Ali.

KUCHING: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali perlu mengkaji terlebih dahulu Perjanjian Malaysia 1963 sebelum mempersoal kuasa autonomi imigresen kerajaan Sarawak yang menghalang individu tertentu daripada memasuki negeri ini.

Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata larangan itu adalah hak kerajaan Sarawak bertujuan untuk menjaga kepentingan dan melindungi negeri daripada elemen yang boleh mengganggu keamanan dan kemakmuran.

"Dia (Azmin) perlu kaji dulu sejarah dan belajar mengenai kandungan Perjanjian Malaysia 1963...apa yang kita tidak mahu ialah tindakan pihak ini  mengganggu keharmonian kita semata-mata nak menjual politik mereka di sini," katanya.

Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Surau Al Amin, Kampung Stunggang Melayu Baru, Lundu di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin kerana mempersoal kuasa Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang menghalang kemasukan individu tertentu ke Sarawak.

Wan Junaidi berkata keputusan kerajaan negeri menghalang individu tertentu memasuki negeri ini, bukan dibuat berdasarkan kepentingan peribadi tetapi disebabkan aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak.

Katanya kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap berat sebelah kerana bukan sahaja menyekat pemimpin dan anggota parti pembangkang, malah juga Barisan Nasional (BN) daripada memasuki negeri ini.

"Cara kita berpolitik di sini berbeza dari Semenanjung, proses berkempen juga dijalankan secara aman tanpa sebarang kekacauan," kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa