suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebuah Kereta, 16 Motosikal Terbakar Di Bayan Lepas

-fotoTHESTAR
GEORGE TOWN: Sebuah kereta dan 16 motosikal yang diparkir di Blok A, Pangsapuri Saujana Damai, Bayan Lepas terbakar tengah malam Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Penguasa Bomba Kanan II, Zainol Md Isa berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 12.35 tengah malam.

"Motosikal pelbagai jenis dan kereta Myvi itu diletak di tempat parkir di foyer apartmen berkenaan," katanya.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Norsalawati Saad berkata pihak polis akan mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan.

Seorang penghuni pangsapuri itu, Adam Iskandar Mohd Razali, 26, berkata  beliau terjaga daripada tidur apabila mendengar beberapa letupan kuat.

"Kami pada mulanya ingat ada rumah terbakar di tingkat satu tapi terkejut apabila melihat api yang marak di parkir di tingkat bawah dan sebahagian kenderaan di situ terbakar.

"Saya dan beberapa penduduk cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal kerana api menyambar begitu cepat," katanya yang motosikalnya turut musnah.

Artikel Lain