suria

Senator Minta PDRM Tangguh Hasrat Naik Kadar Kompaun Trafik

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang senator meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji semula hasrat untuk menaikkan kadar kompaun trafik sebagai antara langkah mengurangkan kadar kemalangan.

Senator Datuk Ng Chiang Chin berkata cadangan menaikkan kadar kompaun untuk mendidik pesalah tegar jalan raya bukan penyelesaian terbaik.

"Pihak berkuasa perlu mempamerkan komitmen untuk melakukan penguatkuasaan yang lebih ketat bukan hanya bermusim ketika musim perayaan sahaja," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, Selasa.

Ng berpandangan langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum melaksanakan kenaikan kadar kompaun yang akan membebankan pengguna jalan raya.

Beliau berkata cadangan itu perlu diperhalusi kerana kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada sikap pemandu yang cuai terutama golongan muda.

Pada Februari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mencadangkan jumlah kompaun maksimum trafik dinaikkan sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
kompaun, PDRM, Datuk Ng Chiang Chin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain