suria

Najib Yakin 82 Calon BN Sarawak Adalah Yang Terbaik

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin barisan 82 calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 adalah yang terbaik.

Beliau juga yakin kesemua calon itu bersedia memikul tanggungjawab dan aspirasi rakyat sekiranya dipilih.

Dalam catatan di laman Facebook, Najib berkata beliau difahamkan bahawa segala perselisihan faham dan kekecewaan berhubung senarai calon telah diselesaikan dan dijelaskan dengan baik oleh kepimpinan negeri kepada komponen BN serta individu-individu dalam parti.

"Kerjasama dan kesepakatan amat penting dalam menghadapi pilihan raya dan saya berharap setiap ahli Barisan Nasional di Sarawak akan memberi komitmen, sumbangan masa dan tenaga serta kerjasama tertinggi kepada pucuk pimpinan dan jentera parti sewaktu kempen nanti.

"Bersatulah sebagai sepasukan - Team Adenan, Team Barisan Nasional," katanya.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Isnin memuktamadkan nama calon bagi semua 82 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-11 pada 7 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya turut menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon.

Artikel Sebelum

Artikel Lain