suria

SPRM Tahan Dua Lelaki Tipu Laporan Pinjaman Kerajaan

KOTA BAHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua lelaki kerana disyaki mengemukakan laporan tawaran kerja palsu untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan.

Pengarahnya Datuk Moh Shamsuddin Yusoff berkata, SPRM mendapati ada unsur penglibatan orang dalaman yang dipercayai akan turut menerima faedah apabila pinjaman kira-kira RM300,000 diluluskan.

Dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah 2009 selepas dipanggil ke Pejabat SPRM di sini ekoran aduan beberapa orang saksi, katanya kepada pemberita di sini, Selasa. 

Moh Shamsuddin berkata SPRM dijangka membuat beberapa lagi tangkapan berpandukan maklumat yang diberikan oleh saksi.-Bernama

Tipu Pinjaman Kerajaan

Artikel Lain