suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai Rakyat Malaysia Tertipu Dengan 'Emas Dalam Talian'

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sukakan apa sahaja yang bergemerlapan, walaupun ia sebenarnya palsu!

Ini kerana penipuan dalam talian melibatkan jongkong emas dan barang kemas mengumpul nilai tertinggi yang dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia pada 2015.
 
Tuntutan melibatkan penipuan emas dan barang kemas berjumlah RM66,435 dengan penipuan melibatkan telefon bimbit dan aksesori adalah yang kedua tertinggi dengan nilai RM48,461.14.

Pengguna juga membuat aduan yang melibatkan penipuan berkaitan beg tangan (RM25,580) dan tiket penerbangan (RM24,846.92).

Statistik juga menunjukkan bahawa sebanyak 1,354 kes telah dilaporkan berhubung penipuan dalam talian sepanjang tahun lalu.

Antara isu yang dibangkitkan dalam tuntutan itu adalah barang yang dibeli tidak diterima (638 kes), perkhidmatan selepas jualan tidak memuaskan (60 kes) dan barangan yang diterima tidak sama dengan yang dipesan (11 kes).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, walaupun e-dagang adalah salah satu teknologi sedia ada untuk menggerakkan perniagaan di peringkat global, ramai pelanggan tidak menerima item sama yang mereka lihat dalam talian.

"Apa yang jelas di sini, penipuan boleh berlaku di mana sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Aladdinstreet.com.my, di sini, Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain