suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Bayar Balik Semua Hutang Bank, Hutang Jangka Pendek

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Isnin mengumumkan bahawa ia sudah menjelaskan kesemua hutang bank dan hutang jangka pendeknya.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata ia membayar kesemua US$150 juta (AS$1.00 = RM3.93) kemudahan pembiayaan kepada EXIM Bank lebih awal daripada tarikh pembayaran sebenar.

"Susulan pembayaran ini, 1MDB kini sudah menjelaskan kesemua hutang bank dan hutang jangka pendeknya," katanya.

Pembayaran semula kepada EXIM bank dibuat oleh anak syarikat 1MDB, Timeline Zone Sdn Bhd.
1MDB berkata kemudahan itu dimeterai pada Mac 2015, dan keuntungan antara lain digunakan untuk membiayai proses korporat secara am, termasuk tetapi tidak terhad kepada keperluan modal kerja, dan perbelanjaan berkaitan perniagaan tenaga.

Syarikat itu mengumumkan pembayaran semula hutang pokok RM7.25 bilion sejak lebih empat minggu lepas.

Ia juga mengekalkan lebihan tunai sebanyak RM2.3 bilion untuk keperluan infrastruktur dan perkhidmatan hutang.


1MDB, Exim Bank, hutang bank

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain