suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua Pelajar Malaysia Di Kumamoto, Jepun Selamat - Wisma Putra

Keadaan sebuah rumah musnah akibat gempa bumi yang melanda Kumamoto, Jepun. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Kesemua 18 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di tiga universiti di daerah Kumamoto, Jepun, yang dilanda gempa bumi pada Khamis, dilaporkan selamat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jepun telah menghubungi kesemua pelajar berkenaan yang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology, selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka selamat, menurut Wisma Putra dalam kenyataan di sini Jumaat malam.

"Kesemua pelajar dilaporkan berada di zon pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar itu," menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia juga kini sedang mengesan status rakyat Malaysia yang lain yang berada di kawasan berkenaan.

"Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi semasa dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk sebarang maklumat dan perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan Jepun telah mengumumkan bahawa pihak berkuasanya telah mengambil langkah sewajarnya dalam menangani situasi tersebut, termasuk menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Pada Khamis, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda barat daya Jepun pada 9.26 malam, meragut sembilan nyawa dan lebih 700 cedera dalam kejadian tersebut. - Bernama

Artikel Lain