suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak 10 Tahun Lemas Di Sungai Kemubu

KOTA BAHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama tiga lagi rakannya di Sungai Kemubu, Kuala Krai, semalam.

Mangsa Muhamad Fadhil Mohd Ghazali dikatakan mandi di sungai itu pada 3.15 petang tetapi tenggelam secara tiba-tiba selepas dibawa arus.

Penolong Pegawai Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Hanif Che Khalid berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan penduduk kampung yang turut mencari mangsa kira-kira 5.10 petang.

"Mangsa bersama rakan-rakannya dikatakan kerap mandi-manda di kawasan berkenaan (sungai itu) berikutan cuaca yang panas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata tiga lagi rakan mangsa yang selamat, gagal untuk menyelamatkan Muhamad Fadhil.

Kanak-kanak lemas, Sungai Kemubu

Artikel Lain