Polis Sahkan Gambar Di FB Mangsa Culik Di Semporna - Semasa | mStar

Polis Sahkan Gambar Di FB Mangsa Culik Di Semporna

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan gambar dimuat naik dalam satu akaun Facebook adalah empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedia maklum mengenai akaun Facebook dengan nama 'Victor Troy Poz' itu.

"Saya sedia maklum mengenai akaun terbabit dan polis sedang giat menjalankan siasatan.

"Pihak polis turut sedang mengesan sekiranya akaun Facebook itu telah dibuat di dalam negara ataupun di luar negara," katanya.

Gambar berkenaan memaparkan keempat-empat mangsa berada dalam keadaan mencangkung sambil memegang sekeping kertas bertulis 'Victor Troy' berserta tarikh 8 April.

Gambar tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun terbabit pada Ahad lepas.

Pada Khamis, Khalid mengesahkan empat mangsa rakyat Malaysia yang diculik iaitu Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, masih hidup.

Mereka antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia, apabila diculik. - BERNAMA

mangsa culik , Semporna , Abu Sayyaf , Victor Troy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain