suria

PKR Mungkin Tidak Ikut Pembahagian Kerusi - DAP

Chong Chieng Jien.

KUCHING: Pertandingan tiga penjuru mungkin berlaku di kawasan tertentu jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk tidak mengikut pembahagian kerusi yang dipersetujui, kata DAP Sarawak.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat DAP di sini, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien berkata kedua-dua parti mencapai kata sepakat awal minggu ini sebelum pengumuman tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

"Jika PKR tidak menepati janji mereka maka ya akan ada pertandingan tiga penjuru," katanya.

Beliau berkata terdapat dua kumpulan di dalam PKR dengan satu puak menyokong presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan satu lagi kem, timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Rundingan amat sukar tetapi Datuk Seri Azmin yang menyelesaikannya dengan mendapat persetujuan daripada kedua-dua kelompok tersebut," katanya.

Namun, beliau berkata kelompok ketiga yang tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi itu telah muncul.

"DAP mahu berpegang kepada rundingan yang telah dipersetujui.

"Kami akan berpegang kepada janji dan kami mahu PKR menghormati rundingan yang dipersetujui," katanya.

Beliau mengulas dakwaan bahawa keputusan PKR yang dibuat di peringkat kebangsaan tidak selari dengan sentimen di negeri itu.

PKR, DAP, pembahagian kerusi, PRN Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain