suria

Bapa Tendang Pintu Bilik Selamatkan Anak

TAWAU: Seorang bapa terpaksa menendang pintu bilik anak-anaknya untuk mengejutkan mereka agar menyelamatkan diri daripada kebakaran yang menyebabkan lebih 300 buah rumah setinggan musnah di Tawau awal pagi Rabu.

Seorang mangsa Sinab Umar, 48, berkata beliau dan keluarganya sedang nyenyak tidur apabila dikejutkan dengan pekikan api oleh para jiran.

Sebaik terjaga dari tidur akibat jeritan jiran-jiran, saya terus tendang pintu bilik anak-anak saya supaya mereka bangun dan selamatkan diri, katanya dan menambah ia merupakan kebakaran kali kedua yang dialaminya di perkampungan itu sejak 1999.

Kebakaran kali ini berlaku di Lorong Habib Abdul Rahman, Batu 2, Jalan Apas dan Blok 10, Kampung Titingan Darat.

Penyelia Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.33 pagi menghantar lima jentera beserta 34 anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata pihak bomba mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan berkenaan kerana kedudukan rumah yang terlalu rapat antara satu sama lain selain menghadapi tekanan air rendah.

Punca kejadian masih disiasat, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain