suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Zakir Ucap Terima Kasih Kerana Benarkan Berdakwah

BESUT: Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kebenaran kepada beliau menyampaikan ceramah di Melaka Ahad ini.

Beliau menyatakan rasa syukur walaupun tajuk ceramah ditukar dan menganggap ia cabaran biasa sebagai pendakwah. Pada awalnya beliau dijadual menyampaikan ceramah bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' kemudian ditukar kepada 'Women's Right In Islam'.

"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah kehadiran di Melaka akan bertambah," katanya selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Does God Exist?' (Adakah Allah Wujud?) di Sekolah Menengah Imtiaz Besut Selasa malam.

Dr Zakir ditanya mengenai arahan pembatalan ceramah di Melaka sebelum ini selepas mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), tetapi kemudian dibenarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah saya ini," katanya.

Ceramah pada Selasa malam dihadiri kira-kira 30,000 orang dan turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain