suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut, Dua Parah Babitkan Nahas Lima Kenderaan

SEREMBAN: Dua maut dan dua cedera manakala tiga yang lain terselamat dalam nahas melibatkan lima kenderaan di KM235.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Pedas, tengah Selasa malam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata mangsa pertama seorang lelaki, Low Boon Lin, 20, berasal dari Ampangan dekat sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Seorang lagi mangsa wanita, Tan Jia Hui, 19, beralamat di Taman Rasah Jaya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, katanya.

"Kemalangan itu melibatkan empat kenderaan jenis Proton Saga, Proton Wira, Perodua Alza, Toyota Vios dan sebuah lori tiga tan," katanya ketika dihubungi.

Mayat Low dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala mereka yang cedera dibawa ke HTJ untuk rawatan lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain