suria

"Tuduhan Terhadap Saya Tidak Benar" - Dr Zakir

Dr Zakir Naik
BESUT: Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik berkata tuduhan bahawa beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar.

Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti itu.

"Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

"Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

"Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini. Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat," kata beliau semasa sesi soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.

Dr Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya.

Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu dinyatakan.

Dr Zakir, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, memulakan siri ceramah di Terengganu minggu lalu atas jemputan kerajaan negeri.

Ceramah yang dijadualkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, yang sebelum ini diharamkan oleh polis telah diberikan lampu hijau pada Selasa tetapi tajuknya perlu diubah.

Artikel Lain