suria

Serangan Bom Songkhla: Tiada Rakyat Malaysia Terkorban - Wisma Putra

Seorang anggota polis dan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut manakala lapan yang lain cedera dalam kejadian serangan bom di hadapan stesen kereta api Chana di wilayah bergolak selatan Thai pada 5.30 petang Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera dalam serangan bom yang berlaku di Stesen kereta Api di Chana, di daerah Chana, Songkla, Thailand pada Isnin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Malaysia mengutuk serangan itu dan merakamkan simpati dan takziah yang mendalam kepada kerajaan Thailand dan keluarga mangsa.

Ketua Polis Bahagian ke-9 Songkla, Lt Jen Wirapon Chunpakdee dilaporkan berkata bom seberat 20 kilogram yang dipasang pada sebuah motosikal meletup bersebelahan kenderaan polis pada 5.30 petang, Isnin.

Seorang anggota polis dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, dikenali sebagai Ahmad Yasin Madsan, terbunuh dalam insiden itu sementara jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 15 orang, daripada lapan dilaporkan Isnin.

Artikel Sebelum

Artikel Lain